Jumaat, 12 Mac 2010

banyakkan lah berdoa.. doa itu adalah sen jata bagi orang-orang Mukmin..

Ya Allah..

Betapa indahnya dunia ciptaanMu..

Betapa segarnya udara yang dihirupku..

namun...

Indahnya itu sebesar-besar azabMu...

Cukup terkaku melihat ayat-ayat peringatanMu..

Terlutut sujud memohon kemaafanMu..

apakah ada jaminan bagiku..

terlepas dari segala azab seksaMu..

Jahilnya diriku menyingkap resah di hatiku..

Apakah ia cukup untuk melepaskan diri dari azabMu?..

daku masih bergembira..

bergelak-tawa dalam kehidupanku..

menapak di awangan..

tatkala 7 lapisan di bawahku..

menuntut akan kesalahan dosa-dosaku..

Itulah sifat al-insan dalam diriku..

sentiasa lupa dan alpa akan kehidupan kurniaanMu..

Apakah ia akan melepaskanku dari azabMu?

Kagum ku mendengar kisah hamba-hamba yang disayangiMu..

Bertapa mereka berpesan akan azabMu..

Jatuhnya titisan air mata mereka mengenangkan azabMu..

Sujud memohon maghfirah daripadaMu..

Sungguh jauh berbeza daripada naluri hatiku..

Kalaulah dapat ku kejar amalan hamba-hamba kesayangaMu..

Sakitnya tiada terasa melihat bertapa seksanya azabMu..

Menatap gelora dalam hatiku..

Menghitung balasan dosa yg bakal diterimaku..

Namun..

pada ketika..

aku masih terlalai daripada mengingatiMu..

Itulah indahnya dunia ciptaanMu..

Sehebat-hebat senjata musuhku melemahkan diriku..

Menghitung dan mengira..

apakah akan lepas diriku daripada azabMu?..

Ya Allah..

Yang Maha Pengasih..

Yang Maha Pengampun..

Daku memohon maghfirah daripadaMu..

Daku berlindung daripada kelalaianku..

Daku berlindung daripada titik-titik gelap di hatiku..

Tiada yang daku harapkan..

hanya pada belas Ihsan daripadaMu..

Mencari titik keredhaanMu akan diriku~

doa...

Jumaat, 1 Januari 2010

selamat menyambut tahun baru kepada semua sahabat-sahabat ku..
semoga tahun baru ini menjadi satu titik permulaan kita untuk berubah diri daripada tangkuk yang lama kepada tangkuk yang lebih baik lagi berbanding tahun-tahun sebelum ini..
mari lah kita berazam dan bertikad untuk mengubah diri kita..
dalam Al-Quran Allah s.w.t berfirman " Allah tidah akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum tersebut tidak mahu berubah nasib mereka sendiri"
daripada firman Allah tersebut kita boleh mengambil pelbagai ikhtibar dan pengajaran.
jadi kita sama-sama lah merenung diri kita, sejauh mana tahap keimanan kita.
walaupun kita sendiri tahu yang mana iman seseorang itu akan meningkat dan akan menurun, tapi kita harus berusaha untuk sentiasa memperbaharui iman kita agar kita tidak mudah rebah di pangkuan syaitan..
syaitan di turunkan kedunia ini adalah untuk merosakkan anak adam..
nasihat ana janganlah kita melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH, lakukanlah amalan-amalan yang disukai oleh ALLAH dan RASUL supaya kita sama-sama beroleh syurga yang kekal abadi... Amin...