Jumaat, 1 Januari 2010

selamat menyambut tahun baru kepada semua sahabat-sahabat ku..
semoga tahun baru ini menjadi satu titik permulaan kita untuk berubah diri daripada tangkuk yang lama kepada tangkuk yang lebih baik lagi berbanding tahun-tahun sebelum ini..
mari lah kita berazam dan bertikad untuk mengubah diri kita..
dalam Al-Quran Allah s.w.t berfirman " Allah tidah akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum tersebut tidak mahu berubah nasib mereka sendiri"
daripada firman Allah tersebut kita boleh mengambil pelbagai ikhtibar dan pengajaran.
jadi kita sama-sama lah merenung diri kita, sejauh mana tahap keimanan kita.
walaupun kita sendiri tahu yang mana iman seseorang itu akan meningkat dan akan menurun, tapi kita harus berusaha untuk sentiasa memperbaharui iman kita agar kita tidak mudah rebah di pangkuan syaitan..
syaitan di turunkan kedunia ini adalah untuk merosakkan anak adam..
nasihat ana janganlah kita melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH, lakukanlah amalan-amalan yang disukai oleh ALLAH dan RASUL supaya kita sama-sama beroleh syurga yang kekal abadi... Amin...

Tiada ulasan: